Rangkaian & Internet

 Adakah perlu diletakkan had ke atas capaian internet pekerja syarikat?Mengapa?


  1. Ya 


  • (Ini sekadar pendapat) Bagi ya, pekerja mungkin akan melayari di laman sesawang yang mungkin akan meyebabkan risiko maklumat syarikat terdedah kepada pihak yang mempunyai niat untuk menjatuhkan syarikat tersebut. Ini kerana pada zaman yang serba canggih ini dan teknologi pun semakin canggih semua perkara hanya di hujung jari sahaja.
     2. Tidak
  • (Ini sekadar pendapat) Bagi tidak, capaian internet penting lebih-lebih lagi pada zaman IT ini kerana perkara melibatkan projek yang besar di syarikat besar dan ingin berkomunikasi melibatkan hal kerja dalam waktu terdesak melibatkan penggunaan internet.

Apakah kelemahan jika capaian internet tanpa had dibenarkan kepada pekerja syarikat?Apakah pula kelebihannya?

  • Kelemahan bagi perkara ini adalah pekerja yang kurang bermoral atau kurang pendirian mungkin boleh menyebabkan rahsia sebuah syarikat bocor kerana capaian internet tanpa had mungkin memberi impak yang buruk kepada sebuah syarikat kalau perkara ini benar-benar berlaku dan boleh menyebabkan kerugian bagi syarikat tersebut.
  • Kelebihan pula pekerja yang terlibat di bahagian pemasaran dapat memasarkan produk syarikat melalui pengiklanan lebih-lebih lagi wujudnya aplikasi-aplikasi seperti instagram, facebook, twitter yang berfungsi sebagai tempat pemasaran produk tersebut.

Comments

Popular Posts