JUS MANGGA PUDINA

BAHAN-BAHAN:
  • 2 biji mangga
  • 2 sudu besar yogurt
  • 2 gelas air
  • 1 biji limau kasturi
  • Sedikit daun pudina
CARA MEMBUAT:
1.Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama 2 gelas air.
2.Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.
3.Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.
4.Tambah air gula jika suka.
5.Masukkan ais dan letakkan daun pudina.
INFO: Mangga harumanis lebih sedap digunakan kerana rasanya yang sedap dan baunya pula harum.

Comments

Popular Posts