CINCAU MILO TABUR

BAHAN-BAHAN:
  • 4 sudu makan serbuk Milo
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 3 sudu makan cincau
  • Ais secukupnya
  • 3 sudu makan Milo ] untuk tabur
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan Milo, susu pekat manis dan air panas. Kacau sehingga larut.
2.Tambah air sejuk. Kacau lagi.
3.Masukkan cincau. Biarkan 30 minit supaya rasa cincau sebati dengan rasa Milo.
4.Tambahkan ais. Sedia diminum.
INFO: Tidak perlu masukkan gula kerana Milo sudah sedia manis.

Comments

Popular Posts